Friday, 20 April 2012

cinta antara kita bab 4

Bab 4...

Suasana kelas 5 intan 1 yang riuh rendah itu langsung tidak menggambarkan bahawa kami ini adalah pelajar harapan sekolah.ada yang bermain dibelakang,ada yang  duduk berkelompok untuk belajar, ada yang duduk berkelompok untuk bergossip,ada jugak yang duduk berdua macam aku dengan  Haris ni..dia ni  sebenarnya seorang yang tinggi sekali dalam kelas,berkulit putih,serta kemas dan sedikit kacak...ramai jugaklah junior yang datang jumpa aku nak mintak nombor telefon dia, tapi aku tak layan...hehe..kataku bahawa haris ni tak suka perempuan...

“ ya, kau bawak tak kerja  bio harini?? Aku nak pinjam bole?”

“ aku mana bawak . lagipun harini mana ada bio.”tutur ku

“ oww.. kalau macam tu petang ni aku pergi rumah kau erk.. nak ambik kerja tu.. aku tak buat lagi ni..”

“har?? Datang rumah??”alamak... petang ni mama suruh aku  belajar kat rumah dia.. macam mana ni???

“a’a lah.. aku datang sekejap je... lepas ambik kerja tu aku balik arr”

“ arr.. pukul berapa kau nk datang??”

“pukul 5”jawab  haris..

“kau datang habis sekolah lah.. sebab aku nak tidur petang ni..ok?”fuhh

“ ok.. pukul tiga ok...”kata haris sambil senyum....

Sedang asyik bercakap dengan haris tiba-tiba aen datang dan membisikkan sesuatu kepadaku.

‘syafiq cakap dia nak jumpa kau rehat nanti kat kelas dia’bisik aen dengan nada yang perlahan..

‘tapi kenapa aku??’pelik pulak aku dengan pakcik tu...

‘mana aku tahu... aku ikot erh’tawar  aen...

“erh!! Mane boleh...” jerit aku pada aen... habis semua dalam kelas memandangku pelik...malu aku sekejap..

“ alar.. nak ikot..”rayu aen pula sambil menunjukkan muka yang kurang comel itu.....

“ takpayah... lagi satu, kau jangan kasi tau sesiapa tau tentang hal ni..”

“baik boss... ok, aku chow dulu”pinta aen...

“kau nak pergi mana rehat ni?” tanya haris kebingungan.. sebenarnya dia dengar bisikan aen tadi... ingat aku pekak ke???

“hah... aku nak pergi jumpa syafiq  rehat nanti, kenapa? Kau nak ikut ke? Nanti boleh aku cakap kat dia yang kau ni pakwe aku.. nak??” aya hanya bergurau namun haris menganggapnya serius..kalau betul memang aku nak pun kapel dengan kau aya...

“erh...taknak aku....”jawab haris berselindung daripada kebenaran..



(waktu rehat)

Kring!!!...loceng berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat... kebanyakan pelajar sudah mengatur langkah menuju ke kantin bagi menjamu selera...

“aya.. jom lah ikut kita pergi kantin..”ajak rina

“ takpelah rin.. aku nak pergi jumpa cikgu  addmath jap... nak tanya soalan.”mujur idea datang tiba-tiba...

“ok...aku pergi dulu.”setelah lama menunggu  aku pun bangun menuju kearah kelas 5 intan 2 yang berada diblok bertentangan dengan blok kelas aku... apabila terlihat kelibat syafiq didalam kelas terus aku masuk tanpa memberi salam...
“kau nak apa jumpa aku ni??” ternyata soalanku itu mengejutkan syafiq yang sedang menulis sesuatu didalam buku catatannya  lalu dalam kelam kabut dia menyimpan buku itu didalam beg.

“uh... kau ni.. boleh tak kalau bagi salam dulu lain kali. Terkejut aku tau,.”marah syafiq namun nadanya masih perlahan.

“ yelar-yelar.. kau nak apa ni??” hish dia ni... aku cepukkan baru tahu..

“aku nak kita stayback dekat library je petang ni..”tutur syafiq  tanpa beriak.... dia tahu aya pasti akan melenting...lantak kau lah minah..

“kenapa aku kena ikut cakap kau pulak??”sesuka hati je mamat nie rosakkan plan aku..

“ sebab aku ni suami kau!! Paham??...”kata syafiq dengan tegas dan mengawal sedikit volume suaranya itu..

Terpampam aya dengan penyataan syafiq itu.. guna kuasa veto nampak dia nih...

“hishh...ok lah... aku ikut cakap kau kali ni... tapi aku nak balik macam mana??”

Syafiq yang sudah senyum kemenangan itu menjawab “ takpa.. aku dah bagitahu abah semalam..” memang bagus lah syafiq ni.. siap berkomplot dengan abah lagi tuu...

“hurm..” itu aje jawapan yang mampu  ku berikan..kalau lawan banyak-banyak pun aku jugak yang kena nanti...

“ kau lapar tak??”tanya syafiq sambil mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya itu..

“aku mana sempat makan tadi... lapar gak arh..”

“ nah..harini mama buat sandwic telur.. dia suruh share dengan kau... ambik arhhh” syafiq menghulur bekas sandwic itu dengan ikhlas sekali.

“rezeki jangan ditolakkan..ok aku ambik satu aje erk, ok aku chow dulu.. aku tunggu kau kat library balik nanti” setelah ambik sekeping sandwic terus aku pergi dari situ... bukan ape, tapi takut menimbulkan fitnah.. disebalik pintu yang terbuka sedikit dibelakang rupa-rupanya ada yang sedang memehatikan gelagat mereka berdua.....




“rin,  jom study dengan aku petang ni...”ajakku.. sebenarnya aku nak kenakan si syafiq tu.. kalau ada rin taklah dia naik lemak sangat,.. korang jangan pelik pulak syafiq yang garang dengan aku tu tiba-tiba bertukar menjadi sotong kurita yang lembik...sebab satu aje kelemahan fiq ni.. iaitu berdepan dengan  rina.

“ok jugak tu.. siapa lagi kau ajak??”rina pula menyoalku..

“adalah tu..hehe... rahsia...” pelik rina dengan perangai aku ini....

p/s:ok ke?? 



No comments:

Post a Comment